Doa memohon ditambah ilmu

http://adikbijak.com/ref.plx?MK00342


http://tudung-online.com/?ref=cikyaa_98@yahoo.com



Salam semua, insya-Allah cikya akan cuba tulis doa daripada buku yang cikya beli dari Adik bijak. Kali ini khas buat kawan-kawan yang tengah gigih menyiapkan dissertation untuk Master.

Doa ini cikya petik dari Buku yang dibeli dari Adikbijak.
http://adikbijak.com/promo.plx?MK00342&TB0015 yang bertajuk 101 Doa Para Nabi &Rasul Dalam A- Quran,Khasiat &Kaifiat Beramal.

Doa dari Al-Quran kali ini adalah daripada Surah Taha ayat 114.
Sila rujuk al -Quran yer. Doa ini bukanlah keseluruhan ayat, tapi pada akhir ayat ini, pendek sahaja.

Maksudnya:......" Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku"

Keterangan ayat;

Menurut al-Tibi, ayat ini mempunyai kaitan dengan ayat yg sebelumnya. Allah s.w.t menunjukkan kekuasaan-NYA yang menimbulkan rasa kagum kepada sesiapa yang memahami ayat Allah. Disebabkan itu, maka agungkannlah Allah dan bersungguh-sungguhlah untuk menghafaz ayat-ayat-NYA tetapi jangan tergopoh-gapah. Nabi s.aw. pada peringkat awal diturunkan wahyu sentiasa mengikut Jibril a.s. membaca al-Quran sebelum Jibril berhenti. Perkara ini dilakukan oleh Nabi kerana takut Jibril pergi sebelum baginda dapat mengikut kesemuanya. Allah s.w.t menurunkan ayat ke 114 ini untuk menegur kesilapan Nabi s.a.w itu kerana ia mungkin meyebabkan Nabi tidak dapat mengikuti apa yang akan dibacakan seterusnya. Kemudian Allahs.w.w mengajar Nabi Muhammad agar berdoa agar meminta Allah menyemarak dan menambahkan ilmu baginda. (Tafsir Ruhil Ma'ani, tafsir ayat ke 114 surah Taha)

Khasiat dan Kaifiat Beramal

Menurut al-Imam Ibn Badis al-Sanhaji, hari tidak sekali-kali akan memperolehi apa yang sedang dipelajari sehinggalah lidah berhenti daripada berkata-kata. Dengan sebab itu, sseorang pelajar hendaklah mendiamkan diri daripada berkata-kata sama ada secara jelas atau berbisik semasa proses pembelajaran berlaku. (Tafsir Ibn Badis, tafsir ayat 114 Surah Taha)

Perkara ini patut menjadi amalansemua golongan. Tidak terbatas kepada pelajar sahaja malah setiap orang yang berkomunikasi dan berinteraksi. Inilah tips dan petua menyelamatkan keadaan darpada berlakunya silap faham dalam hubungan suami isteri, dengan kawan-kawan di tempat kerja, dalam perdebatan dan lain-lain. (Tafsir Ibn Badis, tafsir ayat 114, Surah Taha)

Harap dapat membantu.


Comments

SaDi said…
berkat ilmu dikongsi bersama... :D

Popular posts from this blog

Pengalaman menjual di mudah.com.my