Sunday, 30 January 2011

Lama tak Update

Lama cikya tak update blog ni. Ada datang tp cuma baca blog kekawan yg link kat sebelah kanan tu and order ape yang patut. Sibuk berulang-alik KL-AS everyweek, except this as cuti CNY dekat dah. Baby Aisyah pun dah pandai panggil ..mak...alhamdulillah. Terlintas nak mula bisnes cuma kesempatan tu tak ada. Seronok kan berbisnes, otak akan sentiasa jalan. Ada sesiapa ada pelan bisnes yang menarik?

http://adikbijak.com/ref.plx?MK00342

Tuesday, 14 September 2010

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin!

http://adikbijak.com/ref.plx?MK00342

Selamat hari raye semua. Kawe dah keje semlam lagi. Cuti raye sat saja. Anyway sesaper yang dok beraya sakan lagi tu...jgn lupa ganti pose siap2..:)

Wednesday, 7 April 2010

Alhamdulillah

Salam semua...............

Setelah hampir 6 thn, cya slmt bersalin 26 mac lepas. Alhamdulillah selamat semuanya. Amboi lama sungguh hambo tak update kan. So the bz. Bukan apa ulang alik kl-as every week except outstationlah...Oh..buah hati mak yang kiut miut Nur Aisyah ada di kg. Anyway kawe kita yanti yang g belgium pun dah selamat bersalin. Dia lebih kurang sama kes ngan cya la, hampir tujuh tahun dapat iman faheem, kena angin belgium .......alhamdulillah. Ni anugerah tak ternilai melangkaui anugerah cemerlang seumur hidup. Hheheh.

Perkembangan terbaru....badan kembang..hahhaha...Mau kurus, tapi tak rajin exercise. Macam mana nih. Ingat kalau lif apartment ni rosak, baru leh kurus kawe ni.

Ish takde idea le pulak....itulah kawe dah selamat bersalin. Tq atas doa semua, mak, ayah, adik beradik, kengkawan...

Friday, 11 December 2009

Tazkirah

http://adikbijak.com/ref.plx?MK00342
http://tudung-online.com/?ref=cikyaa_98@yahoo.com

Petikan daripada Blog: The Reader, Pak Adib.

Ilmu untuk beriman

Guru saya berpesan supaya jangan hanya berdu'a untuk mendapat taufik dan hidayat tanpa menambahkan ilmu kepada empunya diri.Berikut saya petik tiga ayat yang diulas oleh Muhamad Ibrahim Salim dalam bukunya berjudul Inspirasi Menuju Jalan Sempurna dalam bab Sentiasa Bersama Allah(ms 34 dan 35):

1.Jangan anda terpedaya dengan ilmu yang sedikit pada diri anda,kerana sesungguhnya Allah swt yang mengajar anda,apa yang anda tidak ketahui.Sehubungan dengan itu Allah swt menjelas,masksudnya:

Maha suci Engkau(Ya Allah),sesungguhnya kami tidak memiliki ilmu pengatuan melainkan apa yang Engkau ajar kepada kami(Al-Baqarah:32)

2.Mohonlah kepada Allah agar anda dianugerahkan ilmu yang berguna untuk jalan menuju taqwa.Firman Allah swt:

Maksudnya:Katakanlah,Wahai Tuhanku,tambahkanlah ilmu kepadaku dari sisi-Mu.(Taha:114)

3.Ketahuilah,sesungguhnya ilmu itu adalah cahaya,begitu juga iman,justeru mohonlah kepada Allah Yang Maha Pemberi agar menyempurnakan keduanya.Sesungguhnya Allah swt ada menyebut:

Maksudnya:Wahai Tuhan kami,sempurnakan kepada kami cahaya kami dari sisi-Mu(At-Tahrim:8)

Oleh yang demikian,sama-samalah kita meneruskan usaha untuk menambah ilmu supaya kita mendapat taufik dan hidayat dari Allah swt sepanjang hidup kita,insyaAllah

“Niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Mujadilah : 11)

Link Tertib Dalam Amalan

Wednesday, 2 December 2009

London City!






http://adikbijak.com/ref.plx?MK00342
http://tudung-online.com/?ref=cikyaa_98@yahoo.com

Apa pendapat anda ?Lawatan ke Primery Care Trust Centre UK.

http://adikbijak.com/ref.plx?MK00342

http://tudung-online.com/?ref=cikyaa_98@yahoo.com

Perjalanan hari ini, melibatkan lawatan dan attachment ke National Health Service. Dari sana kita ke Pharmacy. Di sini fully dispensing right telah diamalkan sejak lebih kurang berpuluh ke 100 tahun lalu. Pharmacy di sini  telah berkembang dengan menawarkan pelbagai servis tambahan dan advanced. Terdapat khidmat kaunseling, penerangan tambahan penggunaan ubat dan alatan tertentu serta alat bantuan pengambilan ubat. Mereka juga terlibat dalam memonitor perkembangan pesakit. Sebahagian kos pembelian ubat di pharmacy ini ditanggung oleh kerajaan manakala sebahagian ditanggung pesakit. Terdapat juga golongan yang dikecualikan daripada sebarang bayaran. Dengan ini kerajaan tidak perlu lagi menanggung keseluruhan kos ubatan pesakit dan menyediakan fasiliti yang berkaitn. Hem......menarik bukan. Apa pendapat anda tentang khidmat premis farmasi di Malaysia?

Monday, 30 November 2009

Shopping kat Harrod !

http://adikbijak.com/ref.plx?MK00342

http://tudung-online.com/?ref=cikyaa_98@yahoo.com

Ahad; 29 November 2009. Setelah berseminar sehari suntuk di hari Aidil Adha, hari ni, cikya dan kawan-kawan sempat pergi bersarapan diMalysian Hall, London. Rupenya tak jauh dari Grand Plaza Apartment yg cikya stay tu. Walking dinstance je. Bukan apa, teringin nak makan roti canai. Pas tu nak tanya macam mana nak pegi Sunday market kalau ada kat sini. jalan dalam 10 minit dalam hujan gerimis, nasib pakai baju 4 lapis,angin kuat, sejuk giler. Yala kan London banjir sekarang, nasib kat Weschester City ni tak banjir, hujan setiap hari ja. Kalau tak salah Malaysian Hall satu line dgn Central Park Hotel, depan dia Baron Hotel, kita org pegi ikut Pochester Road.Wah! nampak ja bendera Malaysia, rasa macam dah sampai kat kg.   :). Kebetulan ada seorang adik, muka macam melayu, kita org bagi salam, dia jawab happy je...macam jumpa kakak2 dia la kan n rhupernya junior K.sal kat Liverpool..Aaaaa...kantin kat basement Malaysia Hall tu. Apa lagi, sampai je, terus kita org order roti canai dan teh tarik. Hah lega dapat makan tu. Makan kat restoran Arab tak sedap langsung macam makanan Malaysia kita. Puas hati.  After makan, tanya akak kat kantin tu ada Sunday market dekat sini, depa pun tak tau. Jadi kita ambil keputusan ambil bas ke Harrodlah!...Em.....satu je kat sini, public transport mmg efficient. Samada beli daily ticket atau pakai Oyster card (macam touch n go) boleh p sekitar kawasan ni, ikut zon dia. Dalam setengah jam, sekali tukar bas, sampailah kita kat Harrod's. Wuuuuuu........mak aih, rhamainya orang, rupanya ada sale weh. Apa lagi, org pompuanla katakan.....ha...terkam handbag aaa....He he...lega dapat shopping. Kira org pertengahan macam kita ni pun mampu shopping kat sini, dgn syarat beli barangan jenama Harrodlah, bukan macam Ferogamo ke, Prada ke, itu pokaila kan. Anyway Ester Lauder punya set makeup dalam RM300 boleh dapat, kat Mesia ingat dekat seribu kot. Tapi tak beli pun sbb tak rajin le kawan nak pakainyer. And one thing,best kat sini, barangan yg kita beli ni boleh dapat tax free kat airport nanti, maksudnya dia akan pulangkan 10%  cash drpd apa yg kita beli kat sini, hhehhhee baru tau!(Maklumla first time mai kan). Pas tu bergegas balik untuk solat lebih kurang dlm 2.30 ptg. Kiranya 3 jam kat situ tak terasa langsung, yg terasa sakit kaki ( ye la pakai boot  tumit tinggi....;),) Hemmm. itu ja lah cerita p Harrod's, esok p appointment kat MHRA pagi sampai petang,takleh p manalah.  :(. Back to work.

Friday, 27 November 2009

Selamat Hari Raya Aidil Adha...

http://adikbijak.com/ref.plx?MK00342

http://tudung-online.com/?ref=cikyaa_98@yahoo.com
Salam aidil adha semua..

2 pagi, waktu london. Oo...orang malaysia dok raya sakan no. Takper sat g kami buat nasi himpit. Nak masak yang lain tak sempat, sbb kena bersiap-siap untuk seminar.Mula ingat nak g beraya kat malaysia hall, tak sempat aaaaa! Anyway...hari ni ada seminar sampai maghrib. Heee.....kul 4.05ptg dah maghrib. Ok, selamat hari raya , maaf zahir batin, semoga saya dan suami dapat beraya di Mekah tak lama lagi...amin, tolong doakan ye...