Monday, 30 November 2009

Shopping kat Harrod !

http://adikbijak.com/ref.plx?MK00342

http://tudung-online.com/?ref=cikyaa_98@yahoo.com

Ahad; 29 November 2009. Setelah berseminar sehari suntuk di hari Aidil Adha, hari ni, cikya dan kawan-kawan sempat pergi bersarapan diMalysian Hall, London. Rupenya tak jauh dari Grand Plaza Apartment yg cikya stay tu. Walking dinstance je. Bukan apa, teringin nak makan roti canai. Pas tu nak tanya macam mana nak pegi Sunday market kalau ada kat sini. jalan dalam 10 minit dalam hujan gerimis, nasib pakai baju 4 lapis,angin kuat, sejuk giler. Yala kan London banjir sekarang, nasib kat Weschester City ni tak banjir, hujan setiap hari ja. Kalau tak salah Malaysian Hall satu line dgn Central Park Hotel, depan dia Baron Hotel, kita org pegi ikut Pochester Road.Wah! nampak ja bendera Malaysia, rasa macam dah sampai kat kg.   :). Kebetulan ada seorang adik, muka macam melayu, kita org bagi salam, dia jawab happy je...macam jumpa kakak2 dia la kan n rhupernya junior K.sal kat Liverpool..Aaaaa...kantin kat basement Malaysia Hall tu. Apa lagi, sampai je, terus kita org order roti canai dan teh tarik. Hah lega dapat makan tu. Makan kat restoran Arab tak sedap langsung macam makanan Malaysia kita. Puas hati.  After makan, tanya akak kat kantin tu ada Sunday market dekat sini, depa pun tak tau. Jadi kita ambil keputusan ambil bas ke Harrodlah!...Em.....satu je kat sini, public transport mmg efficient. Samada beli daily ticket atau pakai Oyster card (macam touch n go) boleh p sekitar kawasan ni, ikut zon dia. Dalam setengah jam, sekali tukar bas, sampailah kita kat Harrod's. Wuuuuuu........mak aih, rhamainya orang, rupanya ada sale weh. Apa lagi, org pompuanla katakan.....ha...terkam handbag aaa....He he...lega dapat shopping. Kira org pertengahan macam kita ni pun mampu shopping kat sini, dgn syarat beli barangan jenama Harrodlah, bukan macam Ferogamo ke, Prada ke, itu pokaila kan. Anyway Ester Lauder punya set makeup dalam RM300 boleh dapat, kat Mesia ingat dekat seribu kot. Tapi tak beli pun sbb tak rajin le kawan nak pakainyer. And one thing,best kat sini, barangan yg kita beli ni boleh dapat tax free kat airport nanti, maksudnya dia akan pulangkan 10%  cash drpd apa yg kita beli kat sini, hhehhhee baru tau!(Maklumla first time mai kan). Pas tu bergegas balik untuk solat lebih kurang dlm 2.30 ptg. Kiranya 3 jam kat situ tak terasa langsung, yg terasa sakit kaki ( ye la pakai boot  tumit tinggi....;),) Hemmm. itu ja lah cerita p Harrod's, esok p appointment kat MHRA pagi sampai petang,takleh p manalah.  :(. Back to work.

No comments: