Doa memohon ditambah ilmu
http://tudung-online.com/?ref=cikyaa_98@yahoo.com
Salam semua, insya-Allah cikya akan cuba tulis doa daripada buku yang cikya beli dari Adik bijak. Kali ini khas buat kawan-kawan yang tengah gigih menyiapkan dissertation untuk Master.
Doa ini cikya petik dari Buku yang dibeli dari Adikbijak.
http://adikbijak.com/promo.plx?MK00342&TB0015 yang bertajuk 101 Doa Para Nabi &Rasul Dalam A- Quran,Khasiat &Kaifiat Beramal.
Doa dari Al-Quran kali ini adalah daripada Surah Taha ayat 114.
Sila rujuk al -Quran yer. Doa ini bukanlah keseluruhan ayat, tapi pada akhir ayat ini, pendek sahaja.
Maksudnya:......" Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku"
Keterangan ayat;
Khasiat dan Kaifiat Beramal
Menurut al-Imam Ibn Badis al-Sanhaji, hari tidak sekali-kali akan memperolehi apa yang sedang dipelajari sehinggalah lidah berhenti daripada berkata-kata. Dengan sebab itu, sseorang pelajar hendaklah mendiamkan diri daripada berkata-kata sama ada secara jelas atau berbisik semasa proses pembelajaran berlaku. (Tafsir Ibn Badis, tafsir ayat 114 Surah Taha)
Perkara ini patut menjadi amalansemua golongan. Tidak terbatas kepada pelajar sahaja malah setiap orang yang berkomunikasi dan berinteraksi. Inilah tips dan petua menyelamatkan keadaan darpada berlakunya silap faham dalam hubungan suami isteri, dengan kawan-kawan di tempat kerja, dalam perdebatan dan lain-lain. (Tafsir Ibn Badis, tafsir ayat 114, Surah Taha)
Harap dapat membantu.
Comments