Kedah Juara Lagi

Kedah julang Piala Malaysia
Oleh Ahmad Khawari Isa dan Mohd Fadzrie Hazisbhsukan@bharian.com.my
KALI TERAKHIR: Azraai (dua dari kiri) bersama dengan pemain import Kedah (dari kiri), Marlon Alex James, Bernard Huggins dan Nelson San Martin.
Tewaskan Selangor 3-2 RENTAK tari Kedah cuba diikuti, tetapi Selangor akhirnya dipaksa menggigit jari apabila gemilang jadi milik Sang Kenari yang terus bermegah dengan kemenangan 3-2 pada pertentangan final Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. Percaturan untuk cuba menyaingi rentak pantas Kedah dijelmakan Merah Kuning dan biarpun diakui usaha itu lebih baik berbanding ketika kecundang di final Piala FA Jun lalu, ia tidak cukup buat menghalang Kedah melengkapkan rangkulan tiga kejuaraan musim ini. Cuma ancaman awal jadi milik Selangor apabila pada minit ketujuh, rembatan percuma Indra Putra Mahayuddin berjaya menggegar tiang kiri gol Kedah.
Penantian mereka tidak lama apabila 11 minit kemudian, berpunca daripada sepakan percuma Indra yang sekadar ditampan penjaga gol, Helmi Eliza Elias, Frank Seator paling awal meluru untuk menyepak masuk bola lantunan itu. Tetapi Kedah bukan mudah mengalah. Selepas beberapa ancaman, termasuk dua aksi hebat Suffian Rahman mempertahankan gawang Selangor pada minit ke-29, Hijau Kuning mengikat kedudukan dua minit selepas itu apabila penyerang Kedah, Marlon Alex James lolos meninggalkan seluruh benteng lawan sebelum menolak masuk gol penyamaan. Tidak cukup dengan jaringan itu, ledakan Nelson San Martin hasil umpanan ke belakang Khyrill Muhymeen Zambri, menyinggahi palang atas sebelum melantun turun menggegar jaring untuk Kedah di depan 2-0 seminit kemudian.
Kesilapan Mohd Razman Roslan yang cuba menggelecek di depan gawang sendiri dihukum apabila Fadly Baharom cantik menyudahkan gol ketiga Kedah pada minit ke-37. Tandukan Seator yang terkena palang pada minit ke-60 menjelmakan petanda Selangor mahu bangkit melawan di babak kedua tetapi realitinya berbeza ketika Kedah terus menguasai untuk hampir 30 minit berikutnya bagi memaksa benteng Selangor terus bekerja keras. Kesungguhan itu bagaimanapun dibalas apabila Safee Sali yang hampir tenggelam pada majoriti aksi sebelumnya, memilih membuat ledak lencong di luar kawasan penalti yang melepasi jangkauan Helmi Eliza dan menerjah jaring buat gol kedua Selangor pada minit ke-77. Sayangnya, baki 13 minit permainan dan masa tambahan selepas itu agak terlambat ketika Kedah memastikan lakaran sejarah menjadi milik mereka semusim lagi apabila muncul pasukan pertama mengulangi pencapaian menakjubkan - memenangi ketiga-tiga piala utama buat musim kedua berturut-turut.

Comments

Anonymous said…
ala bagi can je..kesian. pengadil dah berat sebelah berape banyak kedah bagi duit pn tak tau...camne sukan nak maju..main macam budak sekolah rendah pn boleh menang..yela..hadiah utk sultan kan..kalau tak nanti murka pulak.
cikya said…
heheeee... iyer ke..terima kasihlah kasi can.Tapi tak baik fitnah.

Popular posts from this blog

What do u want (my frens) to be insert in this blog