Buku baru kat adikbijak.com



Makkah al-Mukarramah : Kelebihan & SejarahAbd. Basit Abd. Rahman
Kod Produk: TB0060
Penerbit: Telaga Biru Sdn. Bhd.
Harga Pasaran: RM25.90
Harga Ahli VIP: RM24.50 (BP: 5.00)
Kesesuaian Usia: Umum

Makkah al-Mukarramah merupakan sebuah buku yang ditulis untuk sesiapa sahaja yang ingin mengenali sejarah serta keadaan semasa di Makkah.
Ia menyertakan fakta-fakta menarik berkaitan sempadan tanah haram, ibadah tawaf dan sa'ie, syarat memasuki Makkah, telaga Zam Zam, sejarah dan struktur binaan Kaabah, Hajarulaswad, Maqam Ibrahim, perkembangan Masjidilharam, cara penyusunan saf di keliling Kaabah, lokasi ibadah haji dan tempat-tempat bersejarah di Makkah.
Menariknya buku ini bukan sahaja menghuraikan mengenai ibadah haji yang cukup sinonim dengan Makkah, tetapi turut menerangkan secara terperinci mengenai aktiviti sosial serta aspek fizikal kawasan yang dikenali sebagai tanah suci itu.
Selain itu ia sudah pastinya sangat berguna kepada mereka yang bakal menjalani ibadah haji mahupun umrah. Kepada para pelajar buku ini sangat sesuai untuk dijadikan sebagai bahan rujukan kerana fakta yang terdapat di dalamnya sangat tepat dan menarik sekali.
Semua gambar, artifak dan lukisan bersejarah ditampilkan dalam bentuk penuh warna-warni dan menarik. Emmmmm...macam best buku ni...

Comments

Rashid said…
ni kena bagi tau kat pusat sumber sekni.. kena order. tq atas info.
cikya said…
Betul cikgu. Banyak buku yang menarik kat adikbijak ni.Saya mmg suka.

Popular posts from this blog

Pengalaman menjual di mudah.com.my