Rujukan yang berfaedah untuk anda sekeluarga



101 Doa Para Nabi dan Rasul Dalam Al-QuranUst. Hj. Zahazan Mohamed
Kod Produk: TB0015
ISBN: 983-34942-0-X
Penerbit: Telaga Biru Sdn. Bhd.
Harga Pasaran: RM24.50
Harga Ahli VIP: RM23.50 (BP: 3.50)
Kesesuaian Usia: Umum

Sinopsis
Firman Allah s.w.t dalam surah Fathir ayat 15, maksudnya : "Wahai sekalian manusia, kamu semua mengharapkan kepada Allah, sedangkan Allah s.w.t. itu Maha Kaya (dari meminta kepada kamu)"
Setiap kita pasti mengharapkan kasih sayang Allah s.w.t. untuk mendapatkan sesuatu kebaikan atau mengelak sesuatu keburukan. Sebenarnya kualiti doa itu dipengaruhi oleh kaedah doa itu sendiri, kesungguhan, serta keihklasan orang yang mengucapkannya.
Sesuatu doa akan dimustajabkan Allah apabila menepati waktunya, adabnya dan tentunya jika dia berpandukan kepada munajat para nabi, rasul dan golongan salihin sebelum kita. Justeru, himpunan doa dan munajat dari al-Quran ini merupakan satu usaha memberikan kepada para muslimin dan muslimat kefahaman tentang doa-doa yang Allah s.w.t. ajar kepada kita untuk mengucapkannya dalam setiap situasi yang dihadapi.Kelebihan yang ada pada buku ini ialah setiap doa akan disandarkan kepada keterangan berkaitan latar belakang ayat dan kelebihan beramal dengan ayat-ayat tersebut berdasarkan sumber-sumber daripada kitab-kitab tafsir terkemuka karangan salaf dan khalaf seperti Tafsir Ibn Kathir, Al-Durrul Manthur, Al-Qurtubi, Adwa'ul Bayan, Fi Zilalil Quran, Al-Baidhawi, Al-Fakhrurrazi, Ibn Abi Hatim dan Al-Tabari.
Mudah-mudahan kelahiran buku ini menjadi 'catalyst' mengajak kaum muslimin muslimat kembali kepada al-Quran di samping al-Sunnah dalam pendekatan doa yang sebenarnya harus dipilih sebagai usaha mencari penyelesaian kepada setiap masalah yang berlaku.
Antara doa-doa di dalam:
Doa untuk mendapatkan zuriat
Doa apabila menghadapi tekanan dan stress
Ayat Al-Kursi untuk menghindari pukau dan sihir
Doa untuk kesejahteraan ibu dan bapa
dan lebih 90 doa-doa lain...

http://adikbijak.com/ref.plx?MK00342

http://tudung-online.com/?ref=cikyaa_98@yahoo.com


Perasan tak cikya tak sempat nak post doa baru. Sebenarnya buku doa tersebut dah dihadiahkan kepada mak kat kg. Insyallah cikya dah order baru dari adik bijak semalam, next week dapatlah kot. Antara buku yg dibeli ialah ; 101 Doa dari al-Quran.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjual di mudah.com.my