Experience with KTMB (Antara Bandar)

http://adikbijak.com/ref.plx?MK00342

http://tudung-online.com/?ref=cikyaa_98@yahoo.com

Alhamdulillah, pagi ni dah berjaya siapkan Chapter 4. Tak tido semalam. Anyway bila submit, rasa merdekalah sebelum balik raya ni. Oooo...cikya akan ke Johor dulu, sebab suami belom dapat cuti. 29 hb barulah bertolak dari Johor ke Aloq Staq. Tak sabaq rasanya. Untuk ke Johor kali ni, 28 hb cikya memilih KTMB. Semenjak suami berkursus di Kluang ni, KTMB telah menjadi pengangkutan utama ke sana. Bukan apa, senang, tak jam dan less risiko jalanraya (betul ke, smlm LRT train acc.). Bagi yang belum pernah naik keretapi ni, meh saya cerita. Keretapi antara bandar ni menghubungkan a/star- penang (boleh g thailand kot). Tak biasa cuba perjalanan ke utara lagi.
Tapi kalau ke selatan, kita ada tiga pilihan. Ekspress Sinaran Pagi(ESP), Ekpress Rakyat(ER) dan Ekspress Senandung Malam(ESM).ESP bertolak 8.15am dari KL, ER dari Butterworth ni , stop kat KL Central dan akan teruskan perjalanan ke Singapore mula perjalanan kul 2.00pm dan ESM plak bertolak kul 9.19pm dari KL Sentral tu. Antara tempat dia stop ialah, Kajang, Seremban,Gemas, Melaka, Pagoh, Kluang, Batu Pahat, Jb dan Singapore (ada tak ingat). Selalunya kalau pagi bertolak kul 1pm sampailah kat Kluang. Seronok naik ketapi ni, sebab ada kantin dan boleh jalan2 kalau bosan. Harga tiket pun ok, RM27 bagi aircond second class, ni kira standardlah. Kalau nak lagi murah naik malam atau ambil tempat yang open air. Berbaloi but........... dia banyak henti2 dan org turun naik. Kalau travel bawa beg berat2 tu,susah ckitlah, sebab kat satu2 stop tu, dalam seminit je dia henti. Tunggang langgang gaklah.
Anyway kalau kat Kl Central nih, tempat boarding die kat sebelah yang ada medan selera tu. Ketapi ni kat Basementlah.
Apa yang best kita boleh purchase tiket ni ikut online dengan syarat 2 hari sebelum tarikh perjalanan. www.ktmb.com.my ni webnya.
Kiranya saya berpuas hati dengan bayaran rendah kira selesa jugak pakai ketapi nih plus boleh tgk pemandangan dan hutan hijau di kiri kanan rel. Dah tu bila dekat2 nak sampai Kluang, saya suka pokok kopi kat kiri kanan ni. Kira memori jugaklah. Dan satu lagi, membaca dalam ketapi mmglah sangat sesuai gitu. Make sure anda beli bahan bacaan time naik ni.
Emmm penat dah ank continue. Tapi kalau sesaper nak tanya aper2 bolehla. Saya ni mmg suka guna Public Transport, bukan apa kita dapat jumpa pelbagai lapisan masyarakat. Kenal ramai org dan at least kalau keta rosak taklah gabra kan.

Comments

Eija @ Purple28 said…
dah jadi duta public transport ker..hikss gurau jer..selamat hari raya cik ya...semoga perjalanan ke kluang nanti lancar..

Selamat Hari Raya
Anonymous said…
kih...kih.kih...boleh jugak.Ada chance ke..
SaDi said…
selamat memulakan perjalanan BALIK KAMPUNG....

Popular posts from this blog

Pengalaman menjual di mudah.com.my