Putrajaya via Public Transport

Perjalanan pergi
Pagi ni,saya memulakan perjalanan dari seksyen 14 Petaling Jaya ke KL Central menaiki LRT di Asia Jaya Pukul 7.30am dr rumah. (RM 2.00.)
Bukan apa, selalunya ke Putrajaya menaiki kereta. Nak cuba Public Transport pulak. Semalam Pak Lah pun try naik Komuter kan. Hemmm.....baru tau betapa sesaknya dan merana bagi sesiapa yang terpaksa menggunakan public transport ni everyday.
Dari KL Central nak ke Putrajaya menaiki KLIA Transit.(RM9.50)

Tunggu dalam 15 mins train sampai. On the way ke Putrajaya, melalui Bandar Tasik Selatan.
Perjalanan mengambil masa lebih kurang 20 mins.

Sampai kat Putrajaya Sentral, nak ke Parcel E Blok E7,naik teksi. Kebetulan teksi banyak. (RM9)/teksi. Kiranya dalam pukul 9.20 dah sampai tempat yg dituju. Urusan tak lama cuma 15mins je. Terima kasih kepada staff Ministry of Health Putrajaya, baik belaka.

Jumlah Tambang pergi: RM20.50

Perjalanan Balik

Ketika balik saya cuba naik bas pula. Sebenarnya ada bas dari Putrajaya Sentral ke KL Central naik Rapid,tapi saya memilih untuk naik Metrobus No. 573. Bas ni melalui KTM Komuter Serdang, dan berakhir di hentian Pasar Seni. Murah jugak tambangnya.Putrajaya-Pasar Seni. (RM 3.50).Perjalanan lebih kurang 30 mins saja.Sampai jam 10.30am di Pasar Seni.
Bukan apa saja, lama tak pergi Pasar Seni. Ingat tadi nak singgah MAHA on the way balik Putrajaya, tapi tak jadi. Hem... di Pasar Seni, huh ramainya manusia. Dari situ naik LRT ke Kl Central.(RM1.00).3 mins dah sampai KL Central.Time ni tak ramai sgt org dlm tren. Okla.

Dari sana, singgah Bank jap kat KL Central. Antara bank yang ada kat sini, CIMB bank, AM bank, Maybank. Bank Rakyat takder... hehhe patut ada ni.

Penat dah. Terus balik. Naik LRT Kelana Jaya line ke Asia Jaya. (RM 2.00.). Jam 11.15am, saya dah sampai rumah.

Jumlah Tambang balik:RM6.50

Jumlah Belanja. RM27.00

Pendapat saya. Pilihlah mana yang sesuai untuk anda. Bukan apa, susah nak cari parking di Putrajaya tu. Bolehlah kita cuba Public Transport sekali sekala. Ini pertama kali saya cuba perjalanan pergi balik. Kira saya puas hati jugak.

Tips naik public transport.
Pakailah pakaian yang selesa, serap peluh.
Kurang seksi..sbb...dot...dot....kdg2 ramai sgt org, kita akan jadi kurang selesa.
Kasut mau flat,kadang2 kena jalan jauh.
Beg duit mesti jaga betul2. Jgn simpan duit anda satu tempat saja. Dlm purse sikit, seluar, beg. Bukan apa kalau kena copet ke, ada tambang nak balik. Elakkan bawa cash banyak.

Kelemahan: Kesianla kalau warga emas atau wanita mengandung dan OKU, macam tak ada kemudahan. Paklah ke sasapa, tolong baiki.




Comments

SaDi said…
Mahal jugak tuu kalau nak kira belanja setiap hari nak pegi Putrajaya. Kalau laaa budget 29 Ogos ni, biarlaa harga public transportation diturunkan.
cikya said…
a'a betul tu. bayangkan sehari RM13x 20, sebulan dlm RM260. Kalau naik kete,tol RM7,minyak lagi.Parah jugak tu.
FAO said…
cikya ! this really help thanks, got a meeting tomorrow in Putrajaya, never been there before, ths help me a lot !

Popular posts from this blog

Pengalaman menjual di mudah.com.my